Friday, December 27, 2013

Sajak : Tindas

Langit mendung seakan berduka ,
Tanah sudah jemu merasa ,
Pokok tidak sanggup melihat ,
‘Tayangan’ penindasan manusia .

Alangkah kejinya mereka ,
Memukul , memperkosa dan menghina ,
Semua harta habis diambilnya ,
Tidak menghiraukan balasan yang Esa .

Air mata terus berlinangan ,
Meratap tanpa henti ,
Waris dibunuh oleh manusia berhati haiwan ,
Bersedih mereka memikirkan nasib diri .

Masihkah ada belas kasihan ,
Masihkah ada perikemanusiaan ,
Setelah darah membanjiri Kota Palestin ,

Setelah bangunan terus-terusan runtuh menyembah bumi ?

Aku dan Masa Hadapan

“Lambatnya dia ni . Janji pukul tiga , tapi sekarang sudah tiga setengah ! “ Rungut seorang remaja lelaki bernama Lutfi itu . Sebenarnya , sudah lama dia merungut dan membebel tidak henti-henti . Naik ‘pekak’ telinga Affendi yang duduk di kerusi sebelah mendengarnya .
            “Sabarlah sekejap , nanti dia sampailah tu . Baru tiga puluh minit . Mesti dia ada sebab kenapa datang lambat sebab dia tu bukan jenis orang yang tidak tepati janji , tahu ? “Dengan sabar Affendi cuba menenangkan sahabatnya itu .
            Tanpa mereka sedari , saat itu seorang remaja lelaki seusia mereka sudahpun mengatur langkah memasuki Adim’s Caffe tempat mereka berada . Remaja itu memakai T-shirt berlengan panjang berwarna ungu pekat dan berseluar Slack hitam .
            Chad segera mendapatkan Lutfi dan Affendi apabila bebola matanya menangkap kelibat mereka di bahagian sudut Caffe itu . Itulah tempat yang mereka selalu duduk . Rasa lebih tenang dan selesa , kata mereka . Chad tersenyum lebar sekaligus menampakkan lesung pipinya . Sesekali , dia membetulkan letak duduk kaca matanya .
            “Sorry guys , aku lambat harini . Motor aku rosak tadi . So kena ambil cab jugaklah gamaknya . “terang Chad dengan perasaan yang serba salah . Dia melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Affendi .
            “It’s okay . So , can we start our discussion ? “ kata Lutfi tidak sabar-sabar .
            “Cik Melinda sudah menetapkan lima kumpulan daripada setiap kelas untuk membentangkan tugasan khas yang Cik Melinda beri semalam . Tajuknya ialah ‘Zaman Harapan’ . Semalaman aku berfikir fasal tugasan ni , tapi satu idea pun aku tak dapat . Takut tak sesuai pula nanti .” Jelas Affendi dengan serius .
            “Zaman harapan…Zaman harapan…kita boleh kaitkan dengan teknologi , pendidikan , alam sekitar , politik dan macam –macam lagi . Tapi , apakah barang yang boleh kita pamerkan semasa perhimpunan nanti ? Menjelaskan soal Zaman Harapan sahaja tidak memadai . Kita perlu lakukan lebih daripada itu . “ kata Chad sambil berfikir .
            “ Aku ini bukanlah ‘manusia berotak sains’ seperti kamu berdua walaupun aku sekolah di sekolah yang menetapkan sains sebagai aliran utama dalam pelajarannya .” seloroh Lutfi sambil tergelak kecil .
“Napoleon Hill ada berkata , ‘All achievement starts in the imagination before it is ever realized in the physical form’ . Dalam kes kita ini , kita perlukan imaginasi yang luar biasa untuk menyelesaikan tugasan ini , kan ?” Tanya Chad dengan selamba sambil meneguk minuman Nestlo hangatnya .
            Lutfi dan Affendi memandang Chad tanpa berkelip . Mereka mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah dapat menangkap apa yang cuba diberitahu Chad .

            Jarum jam di dinding sudahpun menunjukkan angka dua belas pagi . Namun , Chad yang terbaring di atas katil empuk itu masih lagi belum dapat melelapkan matanya . Padahal , badannya sudah lenguh menelaah pelajaran seharian . Guruh yang berdentum kuat beberapa kali menyukarkan lagi untuk dia tidur . Mahu sahaja dia mencampakkan bantalnya kerana terlalu geram .
            Tiba-tiba , cahaya yang terang benderang muncul dari luar tingkap biliknya yang agak sempit itu . Secara refleksinya Chad bangun dari katil itu . Dia berasa sangat terkejut dan marah . Tidurnya diganggu lagi !
            Chad menghampiri tingkap . Semakin hampir jaraknya dengan tingkap , semakit kuat bunyi aneh yang belum pernah didengarinya . Tiba-tiba kakinya seolah-olah terikat seperti ada ‘kuasa’ yang tidak mahu dia datang dekat . Chad segera mencapai kaca mata yang diletakkan di sisi katil dan dipakainya . Dia berusaha untuk melihat ‘benda’ di sebalik cahaya itu namun dia tidak mampu !
Semakin lama , cahaya itu semakin menghampiri dan memasuki kamar remaja itu . Sepanjang masa itu jugalah , Chad merasakan badannya lemah dan kakinya tidak dapat berdiri tegak . Tiba-tiba , suasana bilik Chad yang terang-benderang itu bertukar gelap kembali . Cahaya itu lenyap dan  membawa pergi remaja itu entah kemana .
           

           
Daripada zaman dunia yang mundur , gelap dan jahil soal sains dan teknologi , kini bertukar kepada maju dan masyarakatnya serba tahu .Dunia terus dihujani dengan reaksi dan pendapat saintis yang berusaha kearah memajukan teknologi dunia .
Cahaya yang terang-benderang menyukarkan Chad untuk membuka matanya . Kelopak matanya dirasakan begitu berat . Dahinya berkerut menahan kesakitan seperti badannya baru terhempas dari langit . Tiba-tiba  , baru dia tersedar bahawa dirinya sedang terdampar baring di atas sebuah ‘benda’ yang sangat lembut dan nyaman ibarat awan .
“Kau sudah bangun ?” Suara garau seorang lelaki yang menyapa pendengaran membuatkan aku terduduk .Aku cuba melihat wajah lelaki itu , tetapi dia sedang berdiri membelakangiku . Lelaki itu sangat tinggi , badannya sasa berbeza sekali dengan badanku , memakai kot berwarna putih ala-ala gaya seorang saintis , melihat sesuatu menggunakan mikroskop dan rambutnya berwarna perang .
Lelaki yang dirasakan aneh itu tiba-tiba berpusing memandang Chad dengan renungan yang tajam . “Kau lapar ?”Lelaki itu kemudian duduk di atas kerusi menghadap Chad.Chad merasakan sesuatu yang aneh tentang lelaki ini . Bibirnya tidak bergerak walau seinci meskipun dia sedang berkata-kata .
“Aku Chad . “ ujarnya sedikit gugup . Dia cuba memberanikan diri .
“Tahu . “ sekali lagi bibir lelaki itu tidak bergerak . Aku mula berasa ingin lari dari situ !
“Manusia pada abad ini menggunakan hati untuk berkata-kata dan menggunakan pancaindera untuk melakukan pergerakan . “ lelaki itu tersenyum sinis. Kemudian , dengan sepantas kilat sebuah robot yang ditempatkan di satu sudut terus ‘tertarik’ kea rah mereka mengikut pergerakan bola mata lelaki itu .
“Sekarang,kau fahamkan ? “
Chad tidak mahu mempedulikan kata-kata lelaki itu . Perlakuannya dirasakan ibarat sihir dan magis !Tiba-tiba , dia tersedar sesuatu .
“Mana cahaya tu ?”
“Oh…RT014 ? Aku tak tahu kenapa robot tu boleh ke zaman lain dan terbawa kau ke sini .”
Robot ? Cahaya tu robot ? Gila !
“Zaman kau ni zaman apa?Pelik sungguh !” ‘Orangnya pun pelik.’ Sambung Chad dalam hati .
“Zaman di mana manusia mempunyai perasaan ingin tahu pada tahap yang sangat maksimum . Masyarakat berlumba-lumba meraih kejayaan di dunia dan akhirat . Malah , Perdana Menteri kami pernah mengatakan bahawa para cendekiawan negara kami adalah bagaikan jelmaan para cendekiawan di Andalusia . Manusia berpengetahuan luas seperti Ibn Arab,Ibn Bajjah dan manusia perkasa bersemangat jihad seperti Tariq bin Ziyad bagaikan wujud semula pada zaman sekarang .”jelas lelaki itu dengan pandangan mata yang tajam .
Chad bangun dari duduknya . Matanya menangkap senaskhah al-Quran yang berada di atas meja . Kemudian , di sebelah al-Quran itu terdapat beberapa helai kertas yang bersepah .
“Kau mengkaji al-Quran ?” tanya Chad.
Lelaki itu mengangguk seraya berkata ,”Itu adalah salah satu kunci kejayaan kami . Dulu , manusia menyangka kamajuan sains adalah kemuncak kejayaan , tetapi sebenarnya agama dan pegangan hiduplah yang merealisasikan segala impian .Ethnocentrism ,Intelligence,Psychological Intensity,Assertiveness ,Aggressiveness dan Effective Group adalah sifat kami .”
“Kau tahu mengapa zaman kau tidak berjaya seperti zaman sekarang?” tanya lelaki itu.
Belum sempat Chad membuka mulut , lelaki itu berkata , “Sifat Al-Wahan…manusia zaman kamu mencintai dunia dan takutkan kematian.Itu silap kamu .”
“Apa kamu tahu mengenai kejayaan dan masa hadapan ?Selepas Perang Salib berakhir ,manusia beragama Kristian terus bangkit dan sukses . Bagaimana pula dengan umat Islam ? Mereka seperti hanya duduk dan membiarkan sahaja manusia beragama Kristian berlari menuju kejayaan .”sambungnya.
“Ingatlah wahai anak muda , masa hadapan terletak dalam genggamanmu . Hidupmu dan matimu hanyalah buat Allah . Segeralah menunaikan janjimu untuk bergelar Khalifah di bumi .”sambungnya lagi .
“Siapa kau ?” soal Chad dengan perasaan takut.
“Aku ? Aku adalah kau dan kau adalah aku …” lelaki itu tersenyum sinis sebelum lenyap dan suasana bertukar gelap dan kosong bagaikan kanvas hitam !

“Chad!Bangun!” suara Affendi begitu bingit memanggil Chad yang terlantar di katil hospital dengan separuh sedar .
Apabila melihat Chad membuka kelopak matanya , semua orang terkumat-kamit melafazkan syukur ke hadrat ilahi .
“Aku di mana ?” ‘Mana lelaki tadi ? Mana cahaya itu ?”
“Kau di hospital . Mak kau terjumpa kau terbaring atas lantai . Nadi kau lemah sangat .Kami semua risaukan kau .” jawab Lukman dengan bersungguh-sungguh .
“Fendi , Luk , aku dah tahu idea untuk tugasan kita tu !”
Affendi dan Lukman berpandangan .
“Apa ?”
Chad senyap tidak menjawab. Namun bibirnya tersungging senyuman yang tidak diketahui apa maknanya . Chad mengingati semula kejadian aneh tadi . Kata-kata lelaki itu masih terpahat di hati . Kejayaan…agama…prinsip…semua itu berkait .
‘Masa hadapan itu ada dalam genggamanmu wahai anak muda . Al-wahan…cintakan dunia dan takut mati…’ Chad berkata di dalam hati . Kejadian tadi terbayang di minda .Di masa hadapan , dia akan menjadi seorang saintis yang berguna dan pengkaji al-Quran.Benarkah ?
“Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka mencuba untuk mengubah nasib diri mereka sendiri.” Itulah ayat terakhir yang diucapkan lelaki yang mengaku dirinya adalah aku itu .

Chad percaya , kejadian itu ada hikmahnya . Dia pasti akan memburu kejayaannya dan menjadi seperti lelaki aneh itu . Pasti ! Aku pasti kerana masa hadapan itu dikawal oleh diri aku sendiri !