“Lambatnya dia
ni . Janji pukul tiga , tapi sekarang sudah tiga setengah ! “ Rungut seorang
remaja lelaki bernama Lutfi itu . Sebenarnya , sudah lama dia merungut dan
membebel tidak henti-henti . Naik ‘pekak’ telinga Affendi yang duduk di kerusi
sebelah mendengarnya .
“Sabarlah sekejap , nanti dia
sampailah tu . Baru tiga puluh minit . Mesti dia ada sebab kenapa datang lambat
sebab dia tu bukan jenis orang yang tidak tepati janji , tahu ? “Dengan sabar
Affendi cuba menenangkan sahabatnya itu .
Tanpa mereka sedari , saat itu
seorang remaja lelaki seusia mereka sudahpun mengatur langkah memasuki Adim’s
Caffe tempat mereka berada . Remaja itu memakai T-shirt berlengan panjang
berwarna ungu pekat dan berseluar Slack hitam .
Chad segera mendapatkan Lutfi dan
Affendi apabila bebola matanya menangkap kelibat mereka di bahagian sudut Caffe
itu . Itulah tempat yang mereka selalu duduk . Rasa lebih tenang dan selesa ,
kata mereka . Chad tersenyum lebar sekaligus menampakkan lesung pipinya .
Sesekali , dia membetulkan letak duduk kaca matanya .
“Sorry guys , aku lambat harini .
Motor aku rosak tadi . So kena ambil cab jugaklah gamaknya . “terang Chad
dengan perasaan yang serba salah . Dia melabuhkan punggung di atas kerusi
sebelah Affendi .
“It’s okay . So , can we start our
discussion ? “ kata Lutfi tidak sabar-sabar .
“Cik Melinda sudah menetapkan lima
kumpulan daripada setiap kelas untuk membentangkan tugasan khas yang Cik
Melinda beri semalam . Tajuknya ialah ‘Zaman Harapan’ . Semalaman aku berfikir
fasal tugasan ni , tapi satu idea pun aku tak dapat . Takut tak sesuai pula
nanti .” Jelas Affendi dengan serius .
“Zaman harapan…Zaman harapan…kita
boleh kaitkan dengan teknologi , pendidikan , alam sekitar , politik dan macam
–macam lagi . Tapi , apakah barang yang boleh kita pamerkan semasa perhimpunan
nanti ? Menjelaskan soal Zaman Harapan sahaja tidak memadai . Kita perlu
lakukan lebih daripada itu . “ kata Chad sambil berfikir .
“ Aku ini bukanlah ‘manusia berotak
sains’ seperti kamu berdua walaupun aku sekolah di sekolah yang menetapkan
sains sebagai aliran utama dalam pelajarannya .” seloroh Lutfi sambil tergelak
kecil .
“Napoleon
Hill ada berkata , ‘All achievement starts in the imagination before it is ever
realized in the physical form’ . Dalam kes kita ini , kita perlukan imaginasi
yang luar biasa untuk menyelesaikan tugasan ini , kan ?” Tanya Chad dengan
selamba sambil meneguk minuman Nestlo hangatnya .
Lutfi dan Affendi memandang Chad
tanpa berkelip . Mereka mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah dapat menangkap
apa yang cuba diberitahu Chad .
Jarum jam di dinding sudahpun
menunjukkan angka dua belas pagi . Namun , Chad yang terbaring di atas katil
empuk itu masih lagi belum dapat melelapkan matanya . Padahal , badannya sudah
lenguh menelaah pelajaran seharian . Guruh yang berdentum kuat beberapa kali
menyukarkan lagi untuk dia tidur . Mahu sahaja dia mencampakkan bantalnya
kerana terlalu geram .
Tiba-tiba , cahaya yang terang
benderang muncul dari luar tingkap biliknya yang agak sempit itu . Secara
refleksinya Chad bangun dari katil itu . Dia berasa sangat terkejut dan marah .
Tidurnya diganggu lagi !
Chad menghampiri tingkap . Semakin
hampir jaraknya dengan tingkap , semakit kuat bunyi aneh yang belum pernah
didengarinya . Tiba-tiba kakinya seolah-olah terikat seperti ada ‘kuasa’ yang
tidak mahu dia datang dekat . Chad segera mencapai kaca mata yang diletakkan di
sisi katil dan dipakainya . Dia berusaha untuk melihat ‘benda’ di sebalik
cahaya itu namun dia tidak mampu !
Semakin
lama , cahaya itu semakin menghampiri dan memasuki kamar remaja itu . Sepanjang
masa itu jugalah , Chad merasakan badannya lemah dan kakinya tidak dapat
berdiri tegak . Tiba-tiba , suasana bilik Chad yang terang-benderang itu
bertukar gelap kembali . Cahaya itu lenyap dan
membawa pergi remaja itu entah kemana .
Daripada
zaman dunia yang mundur , gelap dan jahil soal sains dan teknologi , kini
bertukar kepada maju dan masyarakatnya serba tahu .Dunia terus dihujani dengan
reaksi dan pendapat saintis yang berusaha kearah memajukan teknologi dunia .
Cahaya
yang terang-benderang menyukarkan Chad untuk membuka matanya . Kelopak matanya
dirasakan begitu berat . Dahinya berkerut menahan kesakitan seperti badannya
baru terhempas dari langit . Tiba-tiba ,
baru dia tersedar bahawa dirinya sedang terdampar baring di atas sebuah ‘benda’
yang sangat lembut dan nyaman ibarat awan .
“Kau
sudah bangun ?” Suara garau seorang lelaki yang menyapa pendengaran membuatkan
aku terduduk .Aku cuba melihat wajah lelaki itu , tetapi dia sedang berdiri
membelakangiku . Lelaki itu sangat tinggi , badannya sasa berbeza sekali dengan
badanku , memakai kot berwarna putih ala-ala gaya seorang saintis , melihat
sesuatu menggunakan mikroskop dan rambutnya berwarna perang .
Lelaki
yang dirasakan aneh itu tiba-tiba berpusing memandang Chad dengan renungan yang
tajam . “Kau lapar ?”Lelaki itu kemudian duduk di atas kerusi menghadap
Chad.Chad merasakan sesuatu yang aneh tentang lelaki ini . Bibirnya tidak
bergerak walau seinci meskipun dia sedang berkata-kata .
“Aku
Chad . “ ujarnya sedikit gugup . Dia cuba memberanikan diri .
“Tahu
. “ sekali lagi bibir lelaki itu tidak bergerak . Aku mula berasa ingin lari
dari situ !
“Manusia
pada abad ini menggunakan hati untuk berkata-kata dan menggunakan pancaindera
untuk melakukan pergerakan . “ lelaki itu tersenyum sinis. Kemudian , dengan
sepantas kilat sebuah robot yang ditempatkan di satu sudut terus ‘tertarik’ kea
rah mereka mengikut pergerakan bola mata lelaki itu .
“Sekarang,kau
fahamkan ? “
Chad
tidak mahu mempedulikan kata-kata lelaki itu . Perlakuannya dirasakan ibarat
sihir dan magis !Tiba-tiba , dia tersedar sesuatu .
“Mana
cahaya tu ?”
“Oh…RT014
? Aku tak tahu kenapa robot tu boleh ke zaman lain dan terbawa kau ke sini .”
Robot
? Cahaya tu robot ? Gila !
“Zaman
kau ni zaman apa?Pelik sungguh !” ‘Orangnya pun pelik.’ Sambung Chad dalam hati
.
“Zaman
di mana manusia mempunyai perasaan ingin tahu pada tahap yang sangat maksimum .
Masyarakat berlumba-lumba meraih kejayaan di dunia dan akhirat . Malah ,
Perdana Menteri kami pernah mengatakan bahawa para cendekiawan negara kami
adalah bagaikan jelmaan para cendekiawan di Andalusia . Manusia berpengetahuan
luas seperti Ibn Arab,Ibn Bajjah dan manusia perkasa bersemangat jihad seperti Tariq
bin Ziyad bagaikan wujud semula pada zaman sekarang .”jelas lelaki itu dengan
pandangan mata yang tajam .
Chad
bangun dari duduknya . Matanya menangkap senaskhah al-Quran yang berada di atas
meja . Kemudian , di sebelah al-Quran itu terdapat beberapa helai kertas yang
bersepah .
“Kau
mengkaji al-Quran ?” tanya Chad.
Lelaki
itu mengangguk seraya berkata ,”Itu adalah salah satu kunci kejayaan kami .
Dulu , manusia menyangka kamajuan sains adalah kemuncak kejayaan , tetapi
sebenarnya agama dan pegangan hiduplah yang merealisasikan segala impian
.Ethnocentrism ,Intelligence,Psychological Intensity,Assertiveness
,Aggressiveness dan Effective Group adalah sifat kami .”
“Kau
tahu mengapa zaman kau tidak berjaya seperti zaman sekarang?” tanya lelaki itu.
Belum
sempat Chad membuka mulut , lelaki itu berkata , “Sifat Al-Wahan…manusia zaman
kamu mencintai dunia dan takutkan kematian.Itu silap kamu .”
“Apa
kamu tahu mengenai kejayaan dan masa hadapan ?Selepas Perang Salib berakhir
,manusia beragama Kristian terus bangkit dan sukses . Bagaimana pula dengan
umat Islam ? Mereka seperti hanya duduk dan membiarkan sahaja manusia beragama
Kristian berlari menuju kejayaan .”sambungnya.
“Ingatlah
wahai anak muda , masa hadapan terletak dalam genggamanmu . Hidupmu dan matimu
hanyalah buat Allah . Segeralah menunaikan janjimu untuk bergelar Khalifah di
bumi .”sambungnya lagi .
“Siapa
kau ?” soal Chad dengan perasaan takut.
“Aku
? Aku adalah kau dan kau adalah aku …” lelaki itu tersenyum sinis sebelum
lenyap dan suasana bertukar gelap dan kosong bagaikan kanvas hitam !
“Chad!Bangun!”
suara Affendi begitu bingit memanggil Chad yang terlantar di katil hospital
dengan separuh sedar .
Apabila
melihat Chad membuka kelopak matanya , semua orang terkumat-kamit melafazkan
syukur ke hadrat ilahi .
“Aku
di mana ?” ‘Mana lelaki tadi ? Mana cahaya itu ?”
“Kau
di hospital . Mak kau terjumpa kau terbaring atas lantai . Nadi kau lemah
sangat .Kami semua risaukan kau .” jawab Lukman dengan bersungguh-sungguh .
“Fendi
, Luk , aku dah tahu idea untuk tugasan kita tu !”
Affendi
dan Lukman berpandangan .
“Apa
?”
Chad
senyap tidak menjawab. Namun bibirnya tersungging senyuman yang tidak diketahui
apa maknanya . Chad mengingati semula kejadian aneh tadi . Kata-kata lelaki itu
masih terpahat di hati . Kejayaan…agama…prinsip…semua itu berkait .
‘Masa
hadapan itu ada dalam genggamanmu wahai anak muda . Al-wahan…cintakan dunia dan
takut mati…’ Chad berkata di dalam hati . Kejadian tadi terbayang di minda .Di
masa hadapan , dia akan menjadi seorang saintis yang berguna dan pengkaji
al-Quran.Benarkah ?
“Allah
tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan mereka mencuba untuk
mengubah nasib diri mereka sendiri.” Itulah ayat terakhir yang diucapkan lelaki
yang mengaku dirinya adalah aku itu .
Chad
percaya , kejadian itu ada hikmahnya . Dia pasti akan memburu kejayaannya dan
menjadi seperti lelaki aneh itu . Pasti ! Aku pasti kerana masa hadapan itu
dikawal oleh diri aku sendiri !